Hey, Guest.  Log in / Sign up now    CART (3)
About Us

Amirul Halal Mart ialah sebuah “Mini Market” yang dibangunkan bertujuan untuk memasarkan produk 100% keluaran bumputera Islam dan memudahkan Pengguna Muslim untuk mendapatkan produk-produk keperluan harian yang diyakini Halal dan Bersih tanpa unsur-unsur Syubahah.

Mula beroperasi dari Februari 2019 di Tambun, Ipoh, Amirul Halal Mart terus mendapat tempat di hati pelanggan. Ini boleh dilihat dari jumlah VIP Member yang dapat dikumpul dalam masa 3 bulan, disamping jumlah Pelanggan dan Jualan yang terus meningkat saban bulan.

Amirul Halal Mart ini bukan hanya semata-mata sebuah “mini market”. tetapi ianya adalah sebuah konsep yang dibangunkan bagi membantu masyarakat dari pelbagai sudut. Dengan adanya Amirul Halal Mart, ianya dapat membantu :

1. Peniaga Muslim - menjadi platform bagi Peniaga Muslim memasarkan produk keluaran mereka kepada pelanggan

2. Pengguna - memudahkan pengguna mendapatkan produk yang diyakini Halalan Toyyibah

3. Peluang Pekerjaan - membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dengan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

4. Masyarakat - menjalankan program-program kebajikan masyarakat. Contoh program yang dijalankan : program bantuan makanan kepada golongan fakir dan miskin.

Our History

Jenama AMIRUL telah ditubuhkan sejak tahun 1990 lagi. Bermula dengan sebuah kedai Menjual Kelengkapan Haji & Umrah serta Kelengkapan Sekolah, Jenama AMIRUL telah dikenali oleh masyarakat Ipoh selama hampir 30 tahun. Dalam tempoh tersebut AMIRUL sendiri telah mempunyai pelanggan setia dari jauh dan dekat. Bahkan produk keluaran AMIRUL ( telekung AMIRUL) juga telah sampai ke seluruh Malaysia melalui sistem jualan agen

Dari sebuah kedai Menjual Kelengkapan Haji & Umrah serta Kelengkapan Sekolah, perniagaan ini diubah menjadi AMIRUL HALAL MART yang mana ianya berkonsepkan “Mini Market” yang menjual 100% produk keluaran Bumiputera Islam.

Our Team

VISI SYARIKAT

Menjadi Syarikat Yang Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan

Agama, Bangsa, Dan Negara.

 

 

MISI SYARIKAT

Menyediakan Perkhidmatan Dan Produk Yang Berkualiti, Efisien Dan Professional Kepada Pelanggan Dan Memberikan Yang Terbaik Dari Masa Ke Semasa.

 

 

OBJEKTIF UTAMA SYARIKAT

Mengeluarkan dan Memberikan Produk dan Servis yang terbaik kepada Pelanggan

 

Menjadi salah satu syarikat bumiputera yang dapat membantu dan menyumbang kepada Pembangunan Modal Insan dan Pembangunan Negara.

 

Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai target dan tahap kepuasan yang maksimum.

 

Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

 

Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Secara asas, pengangguran berlaku ekoran kurangnya peluang pekerjaan, selain fenomena masa kini dalam kalangan anak muda terutamanya yang memilih pekerjaan. Masalah ini biarpun merupakan cabaran kepada seluruh negara di dunia, namun ia tidak harus menjadi satu budaya tanpa mencipta bantuan dan tindakan untuk tenaga kerja negara memajukan diri.

 

Kami memandang ini satu perkara yang sangat serius. Justeru dengan membuka outlet yang banyak, sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan membantu mengatasi masalah pengangguran pekerja.