Hey, Guest.  Log in / Sign up now    CART (3)
News

SEMINAR BIJAK URUS WANG BISNES ANJURAN PUBI PERAK

PUBI Perak melalui JK Pembangunan Usahawan akan mengadakan sebuah seminar yang sangat bermanfaat untuk bakal usahawan dan usahawan di semua peringkat iaitu Seminar Bijak Urus Wang Bisnes.

Objektif utama seminar ini dianjurkan adalah bersempena menyahut kempen yang dijalankan kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara, iaitu Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019/2023 iaitu menyediakan pengetahuan yang lengkap kepada rakyat tentang pengurusan kewangan yang berhemah.

Justeru itu PUBI Perak terpanggil untuk mengadakan Seminar Bijak Urus Wang Bisnes ini, bagi melengkapkan ilmu kewangan kepada masyarakat usahawan agar Pengurusan Kewangan Perniagaan para usahawan dan bakal usahawan dapat dipertingkatkan dan dalam masa yang sama memberikan kesedaran kewangan kepada golongan ini.

Info Seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 26hb Ogos 2019
Tempat : Symphony Hotel, Ipoh Perak.
Masa : 9am - 5pm
Yuran : RM50 (Termasuk makan/minum & sijil penyertaan)

Antara Agensi yang akan terlibat adalah Safina Wealth Advisory’s, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan juga Yayasan Perak.

TM Unifi selaku penaja bersama seminar ini juga akan turut serta dengan segmen #KhabarBaik.

Pendaftaran untuk seminar ini kini dibuka dan ianya terhad kepada 50 peserta terawal yang membuat pendaftaran sahaja.

Sila lengkapkan borang pengesahan kehadiran melalui link pendaftaran online di bawah ini dan setiap penyertaan tanpa bukti bayaran dianggap terbatal.

Link Pendaftaran ---> https://forms.gle/dNFVPJChujSVZKwk9

TARIKH AKHIR BAYARAN ADALAH SEBELUM 15HB OGOS 2019.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia program di talian 012 - 595 8082 (En. Fhami).